Jumpa lagi kita dalam topik yang saya ingin ulaskan iaitu teknik pemasaran yang paling terbaik pada masa ini iaitu ‘email marketing’.Kenapa saya kata ianya terbaik?kerana sepanjang saya lihat mereka yang telah berjaya ada menggunakan teknik ini untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
Jika anda berjaya membawa pelawat yang ramai setiap hari ke laman web anda tetapi anda tidak mengambil nama dan email mereka anda adalah orang yang rugi.Anda tidak akan mengulang kejayaan anda membawa pelawat pada lain kali.Jika anda ingin jual sesuatu produk atau menyediakan perkhidmatan, tidak cukup untuk anda hebahkan di laman web anda.Anda harus sampaikan terus kepada pelawat anda.Mungkin ada pelawat yang sudah lama tidak melawat laman web anda.Oleh itu, email mereka amat penting untuk anda sampaikan maklumat dan membawa mereka semula ke laman web anda.
Statistik juga menunjukkan purata pelanggan akan membuat pembelian selepas mendapat 7 kali message dari penjual.Dengan email pelawat, anda boleh berhubung dengan pelawat secara berterusan.Tetapi jangan terlampau banyak email dihantar.Ini boleh membuat pelawat akan berasa jemu dan fed up dengan email anda.
Bagaimana anda ingin mengumpul email pelawat ini?Anda memerlukan sistem autoresponder.Saya akan sambung topik ini esok bagi membincangkan autoresponder yang mana lebih baik untuk anda guna.
Popularity: 100% [?]


















1 Comment Already
Pingback & Trackback
Related Post
Please Leave Your Comments Below