Terima kasih kerana menjumpai laman blog saya ini.Di harap blog ini memberi manfaat kepada anda sebaik mungkin.
Sekian lama saya ingin mempunyai blog sendiri.Untuk membuat blog bila-bila masa saya boleh membuatnya dengan perkhidmatan percuma seperti blogspot.Tetapi untuk jangka masa panjang saya ingin sebuah blog yang mempunyai identiti saya sendiri,Maka lahir lah Krulz.com.Saya menggunakan hosting berbayar di Bluehost dengan kapasiti yang agak besar.Saya rasa saya baru menggunakan 1% dari jumlah tersebut.Dengan hosting yang sama saya membuka sebuah lagi laman web iaitu Percuma4u.com. Di percuma4u.com anda boleh mendapatkan koleksi produk seperti ebook,template,artikel dan bermacam-macam lagi dengan percuma.Semua produk tersebut saya kumpulkan sejak saya mula berjinak-jinak dalam dunia internet.Saya harap produk tersebut dapat membantu memulakan karier internet anda.
Oklah saya rasa cukupla untuk permulaan blog ini.Blog ini akan menjadi tempat untuk saya berkongsi pengalaman saya dan menjadi panduan untuk saya sendiri.Saya berharap anda dapat memberi sebarang komen setiap topik yang saya tulis agar ianya boleh memajukan diri saya serta respon yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
Jumpa lagi dalam topik yang akan datang.Saya akan mengulas teknik email marketing yang membuat ramai orang berjaya dalam perniagaan internet.
Popularity: 90% [?]


















Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below